top of page

PERSEKITARAN

Menurut Daud, Yussuf & Kadir (2020) menyatakan bahawa, persekitaran akan mempengaruhi perkembangan diri seseorang individu.  Hal ini dikatakan demikian kerana, persekitaran akan membezakan manusia dari segi gaya hidup, tingkah laku, sikap dan lain-lain.  Sebagai contoh, sesiapa yang berada di persekitaran yang baik dan berpendidikan akan membantunya ke arah yang positif, maka individu tersebut lebih cenderung menjadi baik.  Seandainya seseorang itu berada di persekitaran dan pendidikan yang mendorangnya ke arah negatif, maka diri individu tersebut akan terpengaruh dan mungkin bertindak buruk dan kurang disenangi oleh orang lain.

PERSONALITI

Menurut Lucas (2018), menyatakan bahawa personaliti merupakan sesuatu yang wujud dalam diri seseorang individu secara konsisten dan stabil, serta wujud secara berterusan dan kekal dalam kehidupannya.

HUBUNGAN PERSEKITARAN DAN PERSONALITI

PERSEKITARAN

PENJELASAN

IBU
  BAPA

RAKAN
   SEBAYA

Parents and Toddler_edited.jpg

Menurut Shaarani, Muhammad Sabri, Abdul Karim,

Mohd Shahwahid, Tonot & Haliyana (2015) menyatakan ibu bapa merupakan insan pertama dalam membantu pembentukan peribadi seorang anak.  Oleh itu, peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam membentuk personaliti yang positif dalam diri anak.  Dengan itu, ibu bapa perlu membantu dalam meningkatkan tahap kecemerlangan akademik sama di peringkat sekolah atau institusi yang lebih tinggi.

Menurut Khalil,Abd  Rahman,  &  Din, (2018) menyatakan bahawa elemen persekitaran yang utama dalam memberi pengaruh pada proses sosialisasi adalah rakan sebaya.  Seseorang pelajar sama ada bertindak secara positif atau negatif mempunyai kaitan dengan rakan sebaya.

Berdasrkan artikel yang saya baca, terdapat kajian yang mengkaji tentang pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian akademik seseorang.  Jelas bahawa, responden  D hanya terdapat sebanyak 20% pengaruh positif daripada kawan semasa bersama.

Untuk mendapat maklumat yang selanjutnya sila rujuk artikel tersebut.

image_edited.jpg

JENIS PERSONALITI KERJAYA

Seperti mana yang kita tahu bahawa setiap individu adalah unik dan memiliki jenis personaliti yang berbeza.  Oleh itu, setiap individu mempunyai minat kerjaya yang berbeza.  Minat kerjaya ini dapat dipengaruhi oleh persekitaran. 

Menurut Holland (1973), beliau memperkenalkan Teori Pemilihan Kerjaya Holland yang menerangkan hakikat sebenar seseorang individu dalam membuat pilihan pekerjaan yang sesuai dengan ciri personaliti diri. 

 

Terdapat 6 jenis personaliti kerjaya iaitu

Realistik(R), Invesitigatif(I), Artistik(A), Sosial(S), Enterprising(E), Konvensional (K).

REALISTIK

Individu yang jenis pratikal

- Kemahiran Pertukangan dan Mekanikal -

CIRI PERSONALITI :

i)    Pratikal

ii)   Terus terang

iii)  Tekun

iv)  Berpendirian tetap

v)   Berdikari

Menurut Holland (1973), individu yang mempunyai personaliti realistik lebih minat  kepada tugas konkrit berbanding dengan tugas abstrak.

AKTIVITI : 

i)  GEMAR

- Aktiviti manual

- Aktiviti mekanikal

- Bekerja dengan peralatan

ii)  TIDAK GEMAR

- Aktiviti akademik

- Aktiviti sosial

- Pendedahan kendiri

iii)  ORIENTASI

- Penglibatan secara langsung dalam memanipulasi objek atau aktiviti konkrit.

Juruteknik kapal terbang, Tukang paip, Tukang Kayu, Juruukur, Guru Kemahiran Hidup, Operator Mesin

CONTOH PEKERJAAN :

INVESITIGATIF

Individu yang jenis menganalisis

- Saintifik dan Teknikal -

CIRI PERSONALITI :

i)    Analitik

ii)   Intelektual

iii)  Ingin Tahu

iv)  Pendiam

v)   Rasional

AKTIVITI : 

i)  GEMAR

- Aktiviti abstrak dan simbolik

- Sains dan Matematik

- Bekerja sendirian

ii)  TIDAK GEMAR

- Aktiviti berulang-ulang

- Aktiviti Sosial

- Peraturan yang rigid

iii)  ORIENTASI

- Penyelidikan dan penyelesaian masalah.

Penyelidik, Psikiatri, Pengaturcara Komputer, Ahli kaji cuaca, Pakar Bedah

CONTOH PEKERJAAN :

Individu yang jenis berkarya

- Seni, Muzik dan Penulisan-

CIRI PERSONALITI :

i)    Emosi

ii)   Sensitif

iii)  Intuitif

iv)  Banyak idea

v)   Lembut

AKTIVITI : 

i)  GEMAR

- Kreativiti

- Seni lukis

- Aktiviti kesusasteraan

ii)  TIDAK GEMAR

- Kerja-kerja fizikal

- Kerja perkeranian

- Manipulasi data

iii)  ORIENTASI

- Berkarya, mencapai idea.

ARTISTIK

Pelukis, Ahli muzik, Pereka fesyen, Pereka tari, Juru solek, Pengarah drama

CONTOH PEKERJAAN :

SOSIAL

Individu yang jenis sosial

- Pendidikan dan Kebajikan -

CIRI PERSONALITI :

i)    Kerjasama

ii)   Bijaksana

iii)  Bertanggungjawab

iv)  Idealistik

v)   Suka bergaul

AKTIVITI : 

i)  GEMAR

- Perhatian

- Bersosial

- Menolong

ii)  TIDAK GEMAR

- Aktiviti luar

- Bidang mekanikal dan saintifik

- Kerja dengan peralatan

iii)  ORIENTASI

- Kebajikan , kemasyarakatan dan pendidikan.

Pensyarah, Ahli politik, Kaunselor, Juruacara, Ahli psikologi klinikal,Jururawat

CONTOH PEKERJAAN :

Individu yang jenis usahawan

- Pengurusan dan Perniagaan -

CIRI PERSONALITI :

i)    Ekstrovert

ii)   Bebas

iii)  Yakin

iv)  Suka berbahas

v)   Kemahiran interpersonal yang baik

AKTIVITI : 

i)  GEMAR

- Mentadbir dan memimpin

- Suka cabaran

- Bersosial

ii)  TIDAK GEMAR

- Aktiviti sistematik

- Kemahiran saintifik dan teknikal

- Kerja yang ditentu dan diawasi

iii)  ORIENTASI

-Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain

ENTERPRISING

Hakim, Pegawai insurans, Perunding, Pegawai pemasaran, Pengurus dan pentadbiran

CONTOH PEKERJAAN :

KONVENSIONAL

Individu yang jenis sistematik

- Saintifik dan Teknikal -

CIRI PERSONALITI :

i)    Cekap

ii)   Bersungguh-sungguh

iii)  Tegas

iv)  Pratikal

v)   Teliti

AKTIVITI : 

i)  GEMAR

- Bekerja dengan data

- Tugasan sistematik dan terancang

- Arahan

ii)  TIDAK GEMAR

- Aktiviti tidak bersistem

- Arahan kabur

- Isu-isu imaginatif

iii)  ORIENTASI

-Manipulasi data dan sistematik.

Akauntan, Kerani pos, Pustakawan, Peguam kredit, Pegawai stastistik, Perniagaan

CONTOH PEKERJAAN :

Tekan link video ini untuk mengetahui lebih banyak tentang jenis personaliti kerjaya.

Hubungan Personaliti dan Persekitaran Kerjaya

1. Personaliti seseorang mempunyai hubungkait dengan persekitaran kerjaya.  

2. Jenis personaliti dan jenis persekitaran akan mempengaruhi motivasi, kepuasan, pencapaian, produktiviti dan stabiliti seseorang dalam sesuatu pekerjaan.

3. Manusia akan mencari peluang untuk menunjukkan bakat dalam bidang yang sesuai dengan diri.

Ujian Minat Kerjaya

Terdapat beberapa contoh ujian minat kerjaya yang popular iaitu Vocational Preference Inventory (VPI),

Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS) dan Self Directed Search (SDS).

 

Ujian tersebut bertindak sebagai pengukur untuk menguji minat serta jenis personaliti kerjaya seseorang.

Businesswoman

VPI

Dibentuk oleh John L.Holland.

Alat ujian ini mengandungi sebanyak 160 senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat vokasional dan jenis personaliti seseorang.

job searching foto.jpg

IMKS

- Mengenalpasti bidang yang minat dan jenis personaliti.

- Membantu memilih kerjaya yang sesuai.

Working from Home

SDS

Satu ujian yang dibina oleh John L. Holland yang bertindak sebagai  ujian minat kerjaya terhadap sesuatu bidang pekerjaan dan ujian personaliti.

JOM LIHAT !

Cerita pendek dalam SCRATCH :

 Cerita ini mengisahkan tentang seorang menghadapi kekaburan tentang pemilihan kerjaya dan akhirnya dapat diselesaikan selepas merujuk kepada kaunslor.

Terima kasih sudi melangkah ke laman web saya. 

Selamat datang ke dunia pendidikan dan kaunseling.   

Tidak kira anda pelajar sekolah menengah yang merancang untuk ke kolej, atau orang dewasa yang ingin memajukan kerjaya anda, kami sedia membantu anda.  

By : TAN QIAN YING

bottom of page